Pakaian sukan pecah tradisi - Utusan Malaysia

Pakaian sukan pecah tradisi

Baju hud dengan logo jenama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menggayakan pakaian sukan untuk bergaya seharian kian digemari. Selesa, bergaya dan berfungsi dengan baik antara faktor ia menjadi pilihan ramai.

Elemen penting ini menjadi titik mula bagi jenama terkenal, Coach mengorak langkah memper­kenalkan koleksi pakaian sukan iaitu Coach X Champion bagi musim bunga ini.

Mengikuti aliran sentiasa berubah, ada dalam koleksi ini rekaan seluar jogger, sweater, beg kulit dan pelbagai lagi yang pasti memenuhi selera anak muda.

Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers memberitahu, koleksi kali ini berunsurkan warisan Amerika namun menggunakan tema sukan.

“Saya mendapat ilham untuk mengangkat rekaan pakaian sukan menerusi cara di luar kebiasaan iaitu menggunakan kulit, bulu biri-biri dan menggabung­kan simbol ikonik kami ke arah yang lebih segar, muda dan mengikut peredaran,” katanya.

Kempen itu berkenaan dijayakan bersama wajah model Paloma Elsesser, bintang TikTok, Wisdom Kaye, pengggaya Maha Gondal dan penyanyi serta pelakon Jeffrey Tung.

Tips cari baju sukan
*Pastikan lokasi di mana (indoor/outdoor) – Ini berikutan tidak semua pakaian sukan sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti luar. Contohnya pakaian warna gelap kerana ia bersifat panas bagi aktiviti luar.

*Fabrik sesuai
– Tubuh mengeluarkan peluh berlebihan waktu bersukan, justeru pemilihan fabrik sangat penting. Ia perlu memiliki ciri aliran udara keluar dan masuk. Pakaian sukan sesuai untuk indoor ialah fabrik kapas, manakala untuk aktiviti luar ialah micro fibre dan spendek yang bersifat sejuk.

*Keselesaan – Tidak terlalu ketat atau longgar. Dua elemen ini penting kerana silap haribulan, andai tersalah pilih, boleh menyebabkan kemalangan kecil sewaktu beraktiviti.

*Fleksibel – Tidak kira sama seluar atau baju, poket tersorok penting supaya tidak berlaku kejadian keciciran barang peribadi seperti kunci atau telefon bimbit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN