fbpx

25 September 2021, 8:23 pm

Aiman Tino sudah di ‘tarbiah’ bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi terkenal Aiman Tino, Yusri Ishak, berharap agar anaknya tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang yang sudah dewasa apatah lagi dalam kerjayanya.

Yusri berkata, penyanyi yang berusia 22 tahun itu ada pulang ke rumah pada malam tadi dan sudah di ‘tarbiahkan’ dengan harapan dia berubah.

Katanya, Aiman perlu ingat bahawa bidang seni adalah kerjayanya dan dia kena ada tanggungjawab, waimah siapa sekalipun yang menghubunginya, dia perlu jawab panggilan dan membalas pesanan.

“Malam tadi dia ada pulang ke rumah berjumpa dengan ahli keluarga terutama ibunya. Selepas itu, saya tarik Aiman bawa masuk berbincang dalam kereta, iyalah mungkin kalau bercakap depan adik beradik lain dia malu.

“Saya peringatkan semula kepada Aiman akan tanggungjawabnya sebagai seorang artis dan kesan tindak-tanduknya jika lalai. Selagi Aiman masih ada orang cari bermakna dia perlu bersyukur, jangan sebaliknya bila sudah tiada barulah nak terminta-minta job.

“Saya juga sering menasihatkan sebelum naik pentas, ini kerjaya Aiman dan jaga disiplin diri yang mana termasuklah hubungan dengan para wartawan dan klien. Kalau kerja kerajaan mungkin dia dah kena surat amaran,” kata Yusri ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Menurut bapa Aiman lagi, penyanyi Ku Rela Dibenci itu sudah dua tahun hidup berdikari namun ternyata Aiman gagal menyakinkan ibu bapanya.

“Sebelum ini kata Aiman, dia tidak mahu menyusahkan kami (ibu bapa) berulang-alik dari Kuala Kubu Bharu ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Memandangkan dia kini sudah dewasa saya lepaskan.

“Untuk hidup berdikari tiada halangan tapi kena pandai bawa dan jaga diri. Tetapi nampaknya dia gagal, makin lama semakin teruk dan disebabkan ini Aiman perlu disedarkan semula siapa diri dia,” ujarnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI