UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) berkolaborasi dengan tiga syarikat bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tersebut. Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya menyasarkan pelajar terkesan akibat Covid-19 untuk menjadi usahawan sama ada secara dalam talian, dropship dan membuka kiosk. “Tiga kaedah ini digarap berupaya mendatangkan hasil. Projek ini dianggap perintis dan seandainya berjaya kita akan sebarkan…