KEK red velvet sarat hiasan kuntuman bunga memukau pandangan. Memakan masa lapan jam disiapkan, sedap rasanya sepadan cantik rupanya. Sekiranya anda ingin berkongsi resipi, sila emelkan ke ga[email protected]. Terima kasih Noor Azlina Abd. Khalip.
BAHAN A
170 gram (g) mentega
150 g gula kastor
3 biji telur
BAHAN B (kering) – ayak bersama
250 g tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil garam halus
BAHAN C campur dan sebatikan serta biarkan 10 minit
1 cawan buttermilk – kalau tiada, gantikan dengan ¾ cawan susu segar dan 1 sudu besar cuka
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar pewarna merah
Cara penyediaan:
1. Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga gebu.
3. Masukkan bahan B (kering) diselang-seli dengan Bahan C (cecair). Masukkan sedikit demi sedikit, bahagikan kepada tiga bahagian. Mulakan dengan bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering juga.
4. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius. (ikut kepanasan oven masing-masing).
5. Masukkan adunan ke dalam acuan 7 inci dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak.
FROSTING CREAM
BAHAN :
300 g cream cheese
150 g mentega
150 g gula aising
1 sudu kecil perahan lemon
Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese menggunakan kelajuan sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang (jangan terlalu lama).










