fbpx

Susahnya mahu berurusan dengan pengurus artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA ini bukan kali pertama Poklip berdepan dengan isu pengurus artis yang sibuknya kalah perdana menteri. Kalau hantar pesanan, Whatsapp atau telefon pasti tidak berbalas. Hanya dering telefon menemani halwa telinga.

Al-kisahnya, hari itu Poklip ada cuba menghubungi pengurus kepada seorang pelakon wanita yang baru bertudung. Berkali-kali ya. Bukan sekali mencuba. Namun sampai ke sudah tiada jawapan.
Sepi sahaja.

Poklip bukan apa, faham kalau dia sibuk. Tetapi takkan tak tengok telefon langsung. Hello, pengurus artis nombor satu negara pun senang berurusan okay. Paling tidak dijawab terus, esok atau lusa pasti berbalas.

Tapi itulah. Kalau ada lebih dua orang artis yang dijaga, memang begitulah kaedahnya. Susah berurusan sehingga buat kita rasa pelik dan menyampah. Apa yang susah sangat hendak membalas pesanan yang berpuluh kali sudah dihantar.

Ingatkan Poklip sahaja yang mengalami masalah sama. Rupa-rupanya rakan media lain juga turut menyampah dengan sikap pengurus yang sungguh tidak reti membalas pesanan atau angkat telefon.

Tetapi kita cuba husnuzon (bersangka baik) , mana tahu dia tukar nombor telefon kan. Tetapi bila jumpa rakan media, senyum lebar tidak pula memberi khabar dia menukar telefon. Bila ditanya, masih guna nombor sama.

Poklip harap teguran ini buka mata si pengurus tadi. Kalau boleh janganlah menyombong sangat. Hayat seseorang anak seni dalam industri ini tidak lama jika diuruskan oleh mereka yang tidak reti mengurus. Gitu!