Suai padan kembali jadi pilihan - Utusan Malaysia

Suai padan kembali jadi pilihan

JAKET antara padanan untuk digayakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

2020. Tahun sukar buat semua pemain industri termasuk fesyen.

Berselubung kesuraman akibat pandemik Covid-19.

DENIM antara jadi pilihan.

Sekiranya ramai dalam kalangan orang ramai berkurung di rumah, pereka fesyen dilihat mengambil kesempatan melakukan kerja amal dengan menjahit pakaian pelindungan diri (PPE) daripada mempromosi busana.

Datuk Rizalman Ibrahim, Melinda Looi dan Datuk Radzuan Radziwill antara sebahagian nama terbabit menyediakan PPE.

Kesuraman berlalu pergi, industri kreatif diramal terus mewarnai pasaran, namun pengguna dilihat masih berhati-hati memperuntukkan belanja.

Pereka fesyen, Hatta Dolmat berkata, keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya, justeru peminat mengadaptasi situasi semasa dengan menampilkan lebih banyak gaya suai padan mengikut kemampuan masing-masing, sama ada lelaki atau wanita.

Katanya suai padan dan bergaya ringkas dijangka menjadi aliran tahun depan.

Ini berikutan gaya itu lebih praktikal, menjimatkan dan mudah digayakan ke pelbagai acara.

“Menerusi pengalaman saya, sebelum ini, ramai gemar menggayakan busana atau pakaian tampak eksklusif dan dikhaskan untuk satu majlis sahaja.

“Tetapi pada tahun ini, keadaan sudah berbeza. Ramai mahukan busana ringkas, boleh disuaipadan yang mana ia boleh digunakan berkali-kali untuk acara berbeza,” katanya ketika ketika dihubungi baru-baru ini.

Begitupun apabila anda ingin mencuba gaya sedemikian, eksprementasi seharusnya tidak lebih daripada tiga warna dalam satu pakaian.

SESUAI
Tambah Hatta, pemilihan gaya suai padan serta ringkas membolehkan pakaian berkenaan digunakan secara berulang kali mahu pun boleh di gayakan ketika ke tempat kerja.

Katanya, kunci utama menggayakan suai padan ialah bijak bermain dengan padanan dan penggunaan warna bersesuaian.

Berbanding tahun ini, pemilihan warna lebih cenderung kepada warna-warna gelap seperti hitam dan kelabu melambangkan kesuraman dan ‘mendung’ dalam industri fesyen.

“Daripada pemerhatian saya, tahun ini terutamanya ketika sambutan Hari Raya, ramai yang memilih warna-warna gelap dengan busana lebih sederhana dan tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini.

“Malah, jenama Hatta Dolmat sendiri telah merancang koleksi berasaskan warna cerah dan pastel serta berkonsepkan suai padan untuk tahun hadapan,” katanya.

TIPS
Suaipadan
» WARNA – Lebih menumpukan kepada tona cerah dan pastel bagi membangkitkan mood baharu dan ceria.
» CORAK – Ringkas dan tidak terlalu sarat agar boleh dipadankan dengan pelbagai material. Boleh padankan warna neutral dengan corak warna-warni. Warna neutral seperti warna tanah, umpama coklat dan putih susu paling mudah dipadankan dengan fabrik bercorak sarat dengan rona pelbagai.
» POTONGAN – Blaus, skirt (denim, satin), jeans dan jaket
» BERTUDUNG – Pilihan hijab hitam dan padukan dengan jubah berwarna sama untuk kesan outfit edgy.
» EKSESORI – Tambahkan aksesori seperti tali pinggang untuk menampakkan potongan berbeza serta beg berwarna kontra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN