RASANYA kali terakhir kita dengar dakwaan penyanyi, Wany Hasrita sedang dilamun cinta adalah bersama Tajul. Tetapi penyanyi lelaki itu pun sudah berkahwin dan kini bergelar bapa. Cepat betul masa berlalu.
Tetapi itu kisah lama tau. Baru-baru ini Poklip ada bertemu dengan seorang rakan. Sedang rancak berborak santai, tiba-tiba sahaja dia ajukan soalan panas. Terkejut juga semua di situ, ya lah diam-diam sahaja kan.
“Betul ke Wany Hasrita tengah hangat bercinta?”
Begitu sahaja dia lontarkan pertanyaan. Terkedu juga sekejap. Bukan apa, Wany adalah antara artis wanita yang jarang sekali dikaitkan dengan kisah cinta. Mungkin kerana dia memang seorang yang menjaga diri daripada gosip sebegitu.
Lantas Poklip pun cubalah godek-godek laman sosial Wany ini. Adalah beberapa kali rasanya, Wany memuat naik gambar dan video di Instagramnya yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang bercinta.
Tetapi itu hanya andaian semata okay? Bukan cakap betul-betul dia bercinta. Kadang-kadang memang ada orang suka berkongsi gambar pemandangan dengan ayat romantis. Tak salah pun kan? Siapa cakap orang single tak boleh romantis.
Cuma Poklip tak pasti pula sama ada lelaki bertuah itu rakan satu industri atau tidak. Itu pun kalau betul Wany bercinta. Mana tahu pengalaman lalu menjadikan Wany menolak jodoh sesama industri? Eh!
Tak apa, nanti Poklip tanya depan muka Wany sendiri kalau betul dia bercinta. Tak salah pun nak bercinta. Dia bukan umur 11 tahun. Tak gitu? – MINGGUAN MALAYSIA










