Haiwan istimewa dalam syiling emas - Utusan Malaysia

Haiwan istimewa dalam syiling emas

ZARIDA NOORDIN (kiri) bersama Rosly Ahmat Lana menunjukkan koleksi syiling emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANCIL, Beruang Panda, Harimau Malaya, Burung Enggang, Badak, Gajah dan Orang Utan merupakan enam ekor haiwan istimewa menjadi pilihan Habib Jewels untuk diabadikan dalam bentuk kepingan wafer emas secara eksklusif.

Dilancarkan pada pertengahan Disember lalu, penghasilan keenam-enam wafer emas itu menyaksikan kerjasama baik antara Habib dengan pihak Zoo Negara selain merupakan satu simbolik bagi membantu Zoo Negara memiliki dana mencukupi untuk terus beroperasi.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Seri Zarida Noordin berkata, penghasilan wafer emas seberat 0.2 gram menggunakan emas seberat 999 (24K) itu dijual pada harga RM118 sekeping.

Katanya, lokasi berkenaan adalah harta negara yang memberi inspirasi kepada rata-rata rakyat kita daripada satu generasi ke generasi lain untuk memelihara hidupan flora dan fauna.

“Namun apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan, tidak hanya rakyat, haiwan di Zoo Negara juga terkesan.

“Melalui pembelian wafer emas ini, orang ramai secara tidak langsung juga boleh menunjukkan sokongan mereka kepada zoo,” katanya dalam Majlis Pelancaran Kempen Habib untuk Zoo Negara ‘Selamatkan Haiwan Kita’ di Zoo Negara baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana dan Miss Habib 2020, Neha Verma.

Menurut Zarida, pemilihan enam haiwan itu disifatkan sebagai signifikan dengan penghasilan kepingan emas ini yang menjadikannya lebih menarik untuk disimpan sebagai koleksi peribadi atau kenang-kenangan.

“Pembelian wafer emas ini juga pastinya dapat mengembalikan kenangan silam sewaktu kecil tatkala mengunjungi zoo. Malah, ia juga adalah satu langkah ideal kepada generasi muda untuk belajar dan membiasakan diri berhubung kepentingan menyimpan dan pengurusan kewangan bijak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×