Gamat aloe vera beri manfaat kepada tubuh - Utusan Malaysia

Gamat aloe vera beri manfaat kepada tubuh

DIANA Mohd. Noor (tengah) bersama kakitangannya yang memasarkan produk gamat dan aloe vera, Gamoragold. – utusan/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAMAT dan aloe vera.

Dua berbeza tetapi memiliki manfaat besar kepada tubuh badan manusia. Apabila dua bahan ini disatukan dalam Gamoragold, sudah pasti impak manfaatlah lebih hebat.

Pengarah Eksekutif Dayana Dynasty Solutions, Diana Mohd. Noor berkata, kombinasi itu memberikan manfaat dalaman dan luaran kepada wanita.

Ia tidak sekadar memberi kebaikan kepada aspek kewanitaan, tetapi lebih penting lebih bertenaga dalam menjalani urusan harian.

“Gamat bermanfaat sebagai agen pemulihan luka manakala aloe vera baik untuk kulit.

“Kedua-duanya memiliki kelebihan kepada individu yang mengamalkan pengambilan produk ini,” katanya. Produk itu boleh diambil oleh semua peringkat usia dengan sukatan masing-masing dua sudu sebelum sarapan pagi dan selepas makan malam.

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, lebih 5,000 botol terjual.

“Kami memberikan fokus kepada penjualan secara dalam talian bagi mengelakkan produk ditiru pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mengenai sumber gamat, katanya ia diperoleh dari Langkawi.

“Gamat emas tidak banyak. Dalam 1,000 ekor mungkin ada enam ke tujuh ekor sahaja. Tetapi kami tidak memiliki masalah dalam mendapatkan sumber kerana ia kini diternak,” katanya.

Gamat emas atau stichopus variegatus, haiwan laut dalam jenis echinodermata yang selalunya berada di dasar laut.

GAMORAGOLD

Sejak berpuluh tahun lalu ia dipercayai memiliki unsur penyembuhan luka dalaman wanita.

Turut dikenali sebagai ginseng laut, ia memiliki bentuk panjang bulat. Ia hidup di lautan tenang yang banyak rumput laut dan kaya dengan bahan organik. Memiliki pelbagai warna termasuk hitam, putih, berbelang dan kuning keemasan.

Aloe vera atau aloe barbadensis miller pula adalah sejenis gel wujud di dalam daun pokok lidah buaya. Ada lebih 160 bahan utama membekalkan sehingga 300 ke 400 komponen penting berupaya memberikan manfaat kesihatan kepada manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN