Memberikan pendidikan dan pendedahan mengenai kepentingan pengurusan tanah dalam kalangan petani memerlukan ketekunan dan sabar dalam menyampaikan ilmu. Pengarah Urusan Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd., Yong Norita Ahmad ketika ditemui baru-baru ini, mengakui memperkenalkan jenama baharu dalam bidang pertanian, tidak semudah disangka kerana dalam kalangan petani selesa dengan jenama tertentu. Katanya, kebanyakan petani selesa tidak berubah. Asalkan pertanian dijalankan membuahkan hasil. “Sedangkan masalah pokok boleh diselesaikan sekiranya keasidan tanah dibaikpulih…