Pelihara kesihatan mental dengan tidur berkualiti - Utusan Malaysia

Pelihara kesihatan mental dengan tidur berkualiti

GANGGUAN tidur boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEEMPUKAN bantal dan selesanya tilam belum cukup memberi jaminan tidur lena. Lebih-lebih lagi bagi individu berdepan masalah tidur kronik.

Ramai sebenarnya masih belum memahami konsep tidur berkualiti kerana memikirkan ia masalah biasa. Sedangkan waktu tidur berkualiti membantu dalam memelihara kesihatan mental.

Hal ini diakui Pakar Psikiatri dari Taiwan, Dr. Luke Wang. Katanya, tidur lena sebagai faktor utama dalam meraih jaminan kesihatan mental optimum.

“Tidur berkualiti memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya. Fasa tidur lena amat mustahak kerana ia penting untuk integrasi memori otak dan membantu proses fikiran lebih optimum,” katanya dalam Program Tidur Lena Demi Kesihatan Mental.

Turut serta dalam program berkenaan ialah pakar kesihatan dan terapi bunyi bertauliah, Elizabeth Huxtable dan Pengasas dan Presiden AmLife, Lew Mun Yee.

LEW NUB YEE dan Elizabeth Huxtable (kiri) dalam ‘Program Tidur Lena’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan Pakar Kesihatan Tidur, AmLife Antarabangsa Sdn. Bhd. sempena Sambutan Kesihatan Mental Sedunia, baru-baru ini.

Dianjurkan dalam bentuk bengkel dalam talian dan luar talian, ia bertujuan memberi pendedahan mengenai tidur berkualiti buat individu dalam menangani kesihatan mental.

Dr. Wang yang juga pakar rawatan tidur, geriatrik dan juga pengasas Klinik Rawatan Tidur Rafah di Taiwan, mendedahkan, tidur terganggu menjejaskan fungsi pemikiran dan mengubah tahap tekanan dan sistem radang.

“Ujian klinikal menunjukkan bahawa kualiti tidur kurang baik sebagai pencetus Alzheimer.

“Tekanan jangka panjang dialami tubuh badan turut meningkatkan paras glukosa darah, menyebabkan kelemahan metabolisme dan risiko kegemukan. Lantas memberi kesan kepada tekanan mental dan kesihatan secara keseluruhan,” katanya.

Tinjauan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa menjelang 2020, masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang dialami rakyat Malaysia selepas sakit jantung.

Satu dalam tiga rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas (29.2 peratus) mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda daripada 11.2 peratus yang dilaporkan pada 2006.

TERAPI BUNYI
Sementara itu, Elizabeth Huxtable berkata, terapi bunyi membantu menjadikan seseorang itu lebih relaks di mana ia secara semula jadinya menurunkan tekanan darah individu, selain membantu sistem vaskular saluran darah lebih relaks.

Katanya, kajian mendedahkan frekuensi bunyi, mampu memberi kesan kepada sistem saraf dan mempunyai ciri penyembuhan positif terhadap minda dan tubuh badan.

“Setiap organ dan sel dalam tubuh mempunyai frekuensi resonan. Kadangkala, akibat kesan daripada stres, toksin persekitaran dan penyakit tertentu, organ dalam badan mula bergetar dalam frekuensi salah,” katanya.

Kajian Universiti Perubatan Northwestern mendapati, frekuensi terapi di bawah desibel rendah boleh membantu meningkatkan kualiti tidur khususnya dalam kalangan warga emas.
Dalam acara sama, AmLife turut memperkenalkan kaedah DeepZleep Amsonic.

Ia adalah teknologi rawatan tidur dari Jepun yang dijana semula dan menggabungkan Terapi Potensi Elektrik, Terapi Termal dan Terapi Frekuensi AmSonic dalam bentuk sebuah tilam bagi memastikan pengguna memperoleh tidur lena yang membantu memulih dan merawat tubuh badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN