Dengar cerita, ada seorang artis suka guna bomoh - Utusan Malaysia

Dengar cerita, ada seorang artis suka guna bomoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ishh… takut pula Poklip nak menulis tentang dakwaan yang didengar ini. Seram sejuk tau. Walaupun sudah banyak kali dengar kisah ini, tetapi entahlah. Poklip sendiri tak tahu nak percaya atau tidak.

Dengar cerita, ada seorang artis ini menggunakan khidmat bomoh untuk menjamin kemenangan dalam sebuah program realiti. Tetapi Poklip tak cakap musim berapa ya. Bagi semua berteka teki.

Dakwa sumber, dia banyak kali melalui pengalaman menyeramkan ketika berada di belakang pentas program realiti itu. Mana tidaknya, tengah-tengah buat kerja, tiba-tiba lampu di bilik persalinan tertutup.

Terkejut dan menjerit semua orang. Itu belum bab pengalaman tengok ada yang pengsan dan lemah semangat. Memang ‘berhantu’ lah tempat itu. Malah, dakwa si polan, bukan seorang ya ‘memakai’, tetapi ramai tau!

Poklip tak berani nak komen tentang dakwaan yang satu ini. Cuma secara umumnya, kita tahu bermain dengan benda-benda tahyul dan kurafat ini adalah berdosa besar. Siapa yang tanggung, diri sendiri juga tau!

Tetapi tak kasihan ke menganiaya orang lain semata-mata mahu menang? Berpuas hatikah menang dengan cara kotor? Itu kalau menang. Kalau kalah lagi rugi. Dapat dosa pun sekali, tak ke menyedihkan hidup sendiri.

Sudah-sudahlah menggunakan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain. Itu belum Poklip buka cerita sampai ada yang menemui ajal kerana buatan orang. Jahat sangat hati itu, tak tahu lah! Jawab sendiri lah nanti ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×