Jamaliah bahagia ada 36 'anak' - Utusan Malaysia

Jamaliah bahagia ada 36 ‘anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di dalam al-Quran, perkataan yatim disebut sebanyak 23 kali. Sudah pasti ia memberi satu isyarat kepada umat Islam bahawa anak yatim memerlukan perhatian serta pembelaan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka hidup selesa, bahagia dan sempurna seperti orang lain yang mempunyai ibu dan bapa.

Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya. (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan penekanan agama Islam agar berbuat baik kepada anak yatim, seorang wanita dari Permatang Pasir Balik Pulau, Jamaliah Ishak, 53, kini membesarkan 36 anak yatim pelbagai usia yang bernaung di bawah Persatuan Anak-Anak Yatim Balik Pulau.

Apa yang menarik, kesemua anak yatim ini mempunyai tempat tinggal masing-masing, namun kediaman Jamaliah yang terletak di Permatang Pasir boleh dianggap sebagai pusat sehenti atau pusat khidmat serta pusat menjalankan aktiviti bagi 36 anak yatim itu.

Perjalanan hidup Jamaliah sebagai pengasas persatuan itu bermula pada 2008, apabila suami kepada seorang sahabat baiknya meninggal dunia.

Cerita Jamaliah, secara tiba-tiba wanita berkenaan yang menjadi suri rumah kehilangan tempat bergantung malah wanita yang tiada sumber pendapatan itu bagaikan hilang arah.

Beliau yang mesra dipanggil emak berkata, sahabat baiknya itu yang mempunyai empat orang anak menjalani kehidupan yang sukar selepas suaminya meninggal dunia.

“Pada masa itu, saya sebagai sahabat membantu apa yang perlu apabila dia datang mengadu anak-anak kesempitan hidup kerana kesempitan hidup. Saya hanya dapat bantu sedikit sahaja.

“Setiap malam saya tidak dapat tidur apabila terkenangkan nasib anak-anak yatim berkenaan. Kemudian saya mula mengumpul rakan-rakan lain dan membentuk kumpulan kecil menerusi WhatApps Group untuk membantu sahabat saya ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

 

RUMAH Jamaliah Ishak (empat dari kanan) di Permatang Pasir, Balik Pulau, Pulau Pinang menjadi pusat aktiviti dan lokasi penyerahan bantuan untuk anak-anak yatim di sekitar kawasan itu.

 

Membantu anak-anak yatim

Jamaliah yang juga ibu kepada tiga orang anak berkata, seorang kenalannya bekerja dengan sebuah bank di Georgetown kemudiannya menghubungkan pengurusan bank tersebut membantu anak-anak yatim tersebut.

Beliau berkata, bermula dengan bantuan kepada sahabatnya itu, kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya untuk membantu anak-anak yatim di sekitar Balik Pulau terus berkembang sehingga mendapat perhatian masyarakat.

“Bermula dengan 10 anak yatim, kini terdapat 36 anak yatim bernaung di bawah Persatuan Anak-Anak Yatim Balik Pulau yang diasaskan khusus untuk membantu anak-anak yatim di sekitar Balik Pulau.

“Kesemua 36 anak yatim ini datangnya daripada golongan ibu tunggal sama ada yang kematian suami atau telah berpisah dengan suami,” katanya.

Menurut Jamaliah, walaupun anak-anak yatim itu tidak tinggal di rumahnya kerana masih mempunyai tempat berteduh, rumahnya sentiasa berfungsi sebagai lokasi anak-anak itu berkumpul bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

“Di rumah saya inilah, segala bantuan yang disalurkan kepada mereka akan diserahkan.

“Apa sahaja bantuan daripada orang perseorangan, pihak korporat atau syarikat-syarikat terkemuka infakkan kepada mereka, saya akan maklumkan kepada ibu atau penjaga masing-masing.

“Mereka kemudiannya akan berkumpul di rumah saya dan mengambil bantuan yang diamanahkan kepada saya untuk diserahkan kepada mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.