MENGAMBIL masa hanya dua bulan untuk membuat persiapan perkahwinan, kongsi pelakon Fendy Bakry, tiada niat untuk merahsiakan majlis bahagianya daripada pengetahuan umum. Jelasnya, sama seperti pasangan mempelai lain dia juga mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah dengan kehadiran tetamu. Namun dalam tempoh dunia sedang berhadapan dengan penularan wabak Covid-19 ini ada peraturan yang pihaknya perlu akur dalam mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. “Bukan niat saya untuk merahsiakan perkahwinan ini. Memang dalam…