Tidak pernah beri 'amaran' kepada suami- Adira - Utusan Malaysia

Tidak pernah beri ‘amaran’ kepada suami- Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBERI bayangan perkahwinan cukup bahagia kini, bagi penyanyi Adira Suhaimi tiada sebab untuk dia terus berkongsi perkara yang dianggapnya terlalu peribadi. Namun apa yang dipersoalkan ramai ketika ini, kehilangan suaminya ‘Datuk Red’ yang sebelum ini cukup sinonim dengan laman sosial.

Malah ada yang turut mengaitkan yang berlaku ini ada kena mengena dengan kisah rumah tangganya yang dikatakan berantakan sebelum ini. Menjelaskan dia tidak pernah memberi ‘amaran’ buat suaminya itu, kata Adira apa yang dilihat berlaku kini atas keputusan suaminya sendiri.

“Apa yang boleh saya cakap tentang perkahwinan saya, Alhamdulillah semuanya baik. Saya tidak pernah meminta dia senyap dari laman sosial. Apa yang berlaku kini adalah atas kehendak dia sendiri.

“Saya juga tidak pernah persoal, apa juga keputusan dia. Bagi saya cukup sekadar saya menghormati dirinya,” katanya yang berkahwin dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.

Jelasnya, sepanjang bergelar penyanyi dia akui ada satu fasa dalam kehidupan yang memerlukan dia lebih bijak membuat keputusan.

Kata penyanyi berusia 29 tahun ini sudah tiba masanya dia tegas hanya kariernya yang perlu diberi perhatian.

“Kalau boleh memang tidak mahu lagi kisah kehidupan saya diberi perhatian, bagi saya kali ini saya mahu pisahkan keadaan ini. Kerjaya adalah satu keperluan buat kehidupan saya.

“Bahagian lain dalam kehidupan saya adalah untuk keluarga lebih tepat anak-anak saya. Itu sahaja yang mahu saya berkongsi,” katanya cukup bahagia membesarkan Anggrek, 3, Assan, 2, dan Anggun, 1.

 

SEDEKAD bergelar penyanyi, Adira lebih meletakkan had dalam perkongsiannya dengan peminat.

 

Selesa dengan gelaran ibu kepada tiga anak, Hits turut mengusik sama ada Adira turut memberi bayangan akan terus menambah ahli keluarganya dalam tempoh terdekat. Hanya tersenyum, bagi

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi ketika ini dia tidak pernah menolak rezeki.

“Soal anak ini saya memang pernah beritahu orang yang kalau boleh saya tidak kisah untuk mengandung kalau ada rezeki sebelum umur 30 tahun. Sebab orang kata kalau sudah masuk 30 tahun agak susah mahu turunkan berat badan.

“Tapi memandangkan ketiga-tiga anak saya ini dilahirkan secara pembedahan, bagi saya buat masa ini lebih penting saya beri tumpuan kepada diri saya dahulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.