Seni batik memukau - Utusan Malaysia

Seni batik memukau

Bersantai dengan batik potongan kaftan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak abad ke 15 Masihi, salah satu kraftangan yang terunggul di Malaysia adalah batik. Motif berunsurkan alam semulajadi seperti bentuk awan, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan, membuat kraftangan itu kelihatan unik dan menyerlah.

Fern, rumah reka bentuk yang meraikan dan menemui semula keangunan estetika batik, telah membawa seni Malaysia ini ke pentas dunia dunia.

Pengarah kreatif jenama Fern, Fern Chua menubuhkan label fesyen lestarinya pada 2015.

Beliau ingin meningkatkan kegunaan seni tradisional itu dengan mencipta batik menerusi potongan kontemporari bercitarasa mewah.

Dalam usaha itu, Fern berkolaborasi dengan British Council dalam kempen global, Crafting Futures. Kempen berkenaan menyatukan pengamal kraf, pereka dan organisasi di seluruh dunia untuk melihat potensi keunikan kraf, pada masa sama memberi inspirasi di seluruh dunia.

Mewakili Malaysia dengan kraf batik yang anggun, Fern ialah salah satu daripada enam artis di seluruh dunia selain Mexico dan Thailand.

“Saya bangga kerana dapat mewakili Malaysia. Batik memberi maksud dan pandangan yang berbeza kepada setiap orang. Ia boleh membawa kepada perdebatan dan kritikan.

“Oleh itu, bila bercakap mengenai seni, saya memilih untuk percaya kepada diri sendiri.

“Saya lebih suka memelihara sambil memberikan sentuhan moden dalam karya saya,” katanya.

Selain mengharumkan nama negara, Fern turut mengeluarkan koleksi terbaharunya yang menonjolkan corak abstrak iaitu batik blockwork.

Ia banyak menggunakan warna segar seperti merah saga dan ungu biji kundang dalam menyerlahkan keindahan alam semula jadi di Maghribi.

Motif alam seperti batu bata dan pokok kelapa antara mencuri tumpuan.

Antara yang terdapat dalam koleksi berkenaan ialah gaun pendek bertali pinggang yang mudah dilaras.

Tidak ketinggalan batik potongan kaftan. Bentuk kolar ‘V’ memberikan penampilan lebih anggun kepada pemakainya.

Selain pakaian, Fern turut menampilkan himpunan aksesori. Antaranya pelitup muka, getah rambut dan cekak rambut.

Koleksi baharu yang bernama The Moroccan Series kini boleh didapati di butik Fern, Bangsar Village II, atau secara dalam talian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya