Daftar PNS lancar - Utusan Malaysia

Daftar PNS lancar

SESI Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan Sesi Jun 2020 di Dewan Seri Putra, PNS, berjalan lancar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pendaftaran 422 pelajar baharu di Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) bagi kemasukan sesi Jun 2020 awal Ogos lalu berjalan lancar.

Pengarah Program Majlis Suaikenal (MSK) Sesi Jun 2020 PNS, Mohd. Khairil Zainal Bahrin berkata, pihaknya melaksanakan sesi pendaftaran dengan cara berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan wabak Covid-19.

Pendaftaran asrama dilaksanakan secara berperingkat mengikut program-program yang ditawarkan di PNS

“Pendaftaran sesi Jun 2020 berbeza daripada sesi-sesi sebelumnya kerana ia dilaksanakan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

“Dengan menjaga peraturan dan Prosedur Operasi Standard  (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Mohd. Khairil berkata demikian ketika meninjau perjalanan Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan Sesi Jun 2020 yang diadakan di Dewan Seri Putra, PNS, Nilai baru-baru ini.

Menurutnya, seramai 417 pelajar baharu mendaftarkan diri bagi sesi pagi dan petang.

“Semua pelajar wajib memakai pelitup muka tiga lapis dan menjaga penjarakan fizikal bagi melindungi diri daripada virus Covid-19,” ujarnya.

Selepas MSK, pelajar-pelajar baharu ini akan dikuarantin selama 14 hari di mana mereka tidak dibenarkan keluar dari asrama.

Sepanjang MSK, pelajar didedahkan kepada jabatan masing-masing dengan lebih awal supaya mereka lebih mengetahui hala tuju akademik dan prospek pekerjaan selepas tamat belajar nanti.

Majlis penutup MSK pula dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengarah (Akademik) PNS, Mohd. Zin Hassan dengan peringatan supaya mematuhi SOP supaya dapat terhindar daripada wabak Covid-19 dan meneruskan kejayaan yang boleh mencipta lebih banyak kecemerlangan demi mengharumkan nama PNS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya