Tanjak lambang kedaulatan Melayu - Utusan Malaysia

Tanjak lambang kedaulatan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memakai tanjak dilihat semakin popular dalam kalangan generasi muda atau Gen-Y.

Bukan sahaja generasi muda, bahkan dalam kalangan artis tempatan juga turut memilih tanjak semasa membuat persembahan dan semasa majlis hiburan antaranya Radhi OAG dan Monoloque.

Sehubungan itu, budayawan, Dr. Abdul Rahman Tan berkata, sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-63, beliau mengajak Gen-Y memakai tanjak dan busana Melayu bak pendekar dunia persilatan untuk majlis istimewa selain walimatul urus.

“Untuk memakai busana Melayu lengkap dengan tanjak baju, seluar dan kain samping diperbuat daripada songket dalam cuaca yang panas berjalan ke sana sini memanglah tidak sesuai.

“Namun untuk memeriahkan majlis atau program tertentu idea tersebut boleh dilaksana.

“Bagi mempopularkan busana Melayu, mungkin untuk majlis tertentu selain kenduri kahwin orang ramai terutama generasi muda boleh memakai pakaian dengan tema busana Melayu.

“Sesuai rasanya majlis sambutan kemerdekaan negara tanjak dan busana Melayu lengkap dikenakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Butik Ezah Busana Tradisional Melayu Pelabuhan Klang, Selangor.

 

 

Dr. Abdul Rahman yang mempunyai kemahiran menggubah tanjak berkata, busana Melayu boleh dijadikan tema untuk majlis anugerah berprestij seperti pertandingan nyanyian, anugerah bintang popular, festival filem atau pesta silat.

“Saya memiliki lebih 100 koleksi tanjak dan antara yang sering digubahnya adalah Tanjak Kreasi, Tok Beruas, Semangat Bugis, Mahkota Alam, Layar Makutar dan Tikam Seladang.

“Selain itu, saya juga memiliki koleksi busana Melayu yang mempunyai pelbagai paten yang boleh dipadankan dengan tanjak,” katanya.

Mengulas mengenai keris dan sundang, kedua-dua jenis senjata tersebut sesuai dipakai untuk majlis tertutup dan eksklusif seperti majlis perkahwinan dan majlis adat istiadat dunia persilatan.

“Busana Melayu yang digabung dengan senjata tidak boleh dipakai sebarangan melainkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemilik senjata dan busana itu sendiri.

“Busana Melayu bukanlah busana biasa. Ia adalah budaya kita sejak ratusan tahun dan para pencintanya masih setia memakainya walaupun semasa majlis kenduri kahwin mahupun majlis keluarga,” katanya.

 

TANJAK
» Hanya dipakai oleh orang lelaki.
» Terdapat catatan di dalam Hikayat Syair Siti Zubaidah yang mana Siti Zubaidah memakai tanjak hanya ketika menyamar untuk menyelamatkan suaminya.
» Melambangkan bahawa pemakai mengaku bahawa Tanah Melayu ini memang tempat asal usul orang Melayu.
» Pemakai harus memahami simbolik tanjak terlebih dahulu bagi mengelakkan tanjak dipakai pada tempat dan majlis yang tidak sesuai dan melanggari adab memakai tanjak.
» Antara simbolik tanjak ialah ia mewakili bangsa, keturunan dan kerajaan.
» Ia turut dikatakan sebagai mewakili taraf dan kuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya