Nikahsatu bantu frontliner naik pelamin - Utusan Malaysia

Nikahsatu bantu frontliner naik pelamin

Barisan hadapan diberi peluang merealisasikan hasrat naik pelamin dengan platform Nikahsatu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Platform perkhidmatan perkahwinan digital tempatan, Nikahsatu, memperkenalkan kempen penyelesaian perkahwinan digital penuh secara percuma khusus untuk semua pasukan petugas hadapan yang bercadang mendirikan rumahtangga.

Ketua Pegawai Eksekutif Nikahsatu, Naimran Yunus, berkata kempen #RaikanCintaWiraKita itu diadakan bagi membalas jasa baik pasukan petugas hadapan terutamanya mereka yang terpaksa menangguhkan perkahwinan akibat pandemik Covid-19.

 

             NAIMRAN YUNUS

“Ramai merancang perkahwinan tetapi mereka memerlukan sokongan dalam merealisasikannya berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Kempen

#Raikan­Cinta­WiraKita bermula Ogos sehingga Disember 2020 bagi tempahan dan perancangan perkahwinan hingga Disember 2021.

Naimran berkata, pengorbanan pasukan hadapan amat tinggi dan perlu dihargai menerusi kempen itu yang dijayakan selaras dengan semangat #kitajagakita.

 

                           Majlis dilaksanakan mengikut SOP pihak berkuasa

Menerusi #Raikan­CintaWiraKita bakal pengantin boleh merancang pakej perkahwinan idaman. Lengkap dengan pemilihan tarikh acara, senarai jemputan, perkhidmatan fotografi, busana perkahwinan, lokasi, aksesori dan sebagainya.

Pengalaman dilalui itu seolah-olah bakal pengantin merasai pengalaman merancang perkahwinan secara bersemuka, sedangkan ia hanya dilakukan menerusi platform. Sebanyak 100 kad perkahwinan fizikal akan turut disediakan kepada pengantin secara percuma.

Naimran menjelaskan, mereka turut memperkenalkan inisiatif pembiayaan perkahwinan kepada orang ramai untuk menaja kos perkahwinan wira setempat atau yang berada di daerah mereka.

“Ini adalah kelangsungan yang sangat menarik bagi kempen #RaikanCintaWiraKita. Ia membolehkan orang ramai untuk turut serta menaja perbelanjaan perkahwinan ahli petugas barisan hadapan yang telah dipilih oleh Nikahsatu dari daerah-daerah berlainan seluruh negara,” katanya.

Nikahsatu diwujudkan sebagai kaedah penyelesaian digital dan fizikal untuk bakal pengantin. Pakej itu mengurangkan masa merancang perkahwinan sekaligus mengurangkan stres.

Pihaknya menyasarkan menerima 10,000 tempahan pakej daripada bakal pengantin sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Ketika tempoh PKP, Nikahsatu melancarkan beberapa peralatan atau tools bagi perancangan perkahwinan digital antaranya RSVPPKP. Ia membolehkan bakal pasangan mencipta senarai jemputan perkahwinan yang ideal ketika tempoh kawalan.

Naimran berkata, sektor perkahwinan antara industri dilanda pelbagai kerumitan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi berkenaan mendorong penggiat industri menyusun semula strategi perniagaan.

“Kempen ini adalah inisiatif terbesar kami untuk merealisasikan misi teras syarikat walaupun turut merasakan impak negatif daripada situasi ekonomi mencabar,” katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya