ALUMNI - Utusan Malaysia

ALUMNI

CERIA... WAN Ahmad Zakry (tujuh dari kanan) dan isteri, Dr. Kama Azira (lapan dari kanan) meraikan rakan-rakan bekas pelajar dan bekas guru-guru MRSM Kuantan dalam pertemuan di kediaman mereka di Putrajaya, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nostalgia MRSM Kuantan

BANYAK yang mahu dibualkan apabila bertemu rakan-rakan lama. Itulah yang berlaku kepada bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang apabila dipertemukan dalam majlis di kediaman pasangan Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin dan Dr. Kama Azira Ramli di Presint 11, Putrajaya.
Kemeriahan semakin terasa apabila ia bukan sahaja menghimpunkan lebih 20 bekas pelajar tahun 1984-1988 tetapi turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 10 guru MRSM Kuantan dan MRSM Kuala Terengganu.

Mesyuarat ALK Abaka Tawau

Anggota Lembaga Koperasi (ALK) diketuai pengerusinya Mursalim Nawa, Ambotang Tahir, Dr. Al-Azharri Siddiq Kamunri, Jamaluddin Yamalang, Sakka Suarno, Kalla Latang, Darsiah Tullah, Rahmawati Ariffin, Nurma Bakri, Cawo Paloppong, Saadiah Ibrahim dan Siti Aminah Abdul Karim.

Kegigihan sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka, Tawau di Sabah menubuhkan Koperasi Abaka Tawau Berhad mula menampakkan hasil apabila aktiviti perniagaan yang dibangunkan kian berkembang.
Koperasi yang ditubuhkan pada 2016 itu mempunyai 55 ahli terdiri daripada semua pelajar tingkatan tiga tahun 1986 yang menceburi bidang perniagaan jualan langsung produk kesihatan dan penjagaan diri.

Ekspedisi Amal Kembara Semarak Kasih

Sebahagian peserta ekspedisi ceria selepas menamatkan program di Tasik Chini, Pekan – Kuala Gandah, Pahang, baru-baru ini.

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah (STAR), Klang menganjurkan Ekspedisi Amal Kembara Semarak Kasih Jalinan Budi ke Tasik Chini, Pekan, Kuala Gandah, Lanchang dekat Temerloh, Pahang.
Seramai 15 bekas pelajar bersama ahli keluarga mereka menjayakan ekspedisi berkenaan. Ia bertujuan memberi kesedaran kepentingan penjagaan flora dan fauna serta mengenai ekosistem di Tasik Chini. Mereka turut menjejak kasih rakan lama terpisah yang tinggal di kawasan berkenaan iaitu Abdul Majid Idris.
Pengarah program, Ahmad Shazeer Mohamed Thaheer berharap, program itu dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama bekas pelajar STAR Klang sejak meninggalkan bangku sekolah lebih 40 tahun lalu. Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr. Mohamad Rafie Md. Kaslan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya