Enam negeri mengundi - Utusan Malaysia

Enam negeri mengundi

Pengundi pelbagai kaum, T. Premalatha 25 (kiri), Nur Azila Kamarudin 23 (tengah), dan Wong Ho Yee 25 menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat selepas selesai mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, bagi DUN Sungai Tua, di SJKC Selayang Baru, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Maisarah Rozi 22, Ain Syafiqeen 25, Ooi Shi Yun 21, Archana Ilangovan 21, menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi sempena Pilihan Raya Negeri Selangor N.40 Kota Anggerik di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam bagi . UTUSAN/AFIQ RAZALI
Orang ramai hadir di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam bagi mengundi sempena Pilihan Raya Negeri Selangor N.40 Kota Anggerik. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Kelihatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu menolak kerusi roda yang dinaiki pengundi dalam tinjauan suasana proses membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Semenyih sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Selangor ke-15 di sini, hari ini. UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Tiga beradik (dari kiri), Ahmad Badri Ahmad Borhan, 26, Nurul Amalia, 24 dan Nurul Anis, 23 berswafoto sambil menunjukkan jari masing-masing yang telah ditanda dengan dakwat kekal selepas mengundi dalam tinjauan suasana proses membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Semenyih sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Selangor ke-15 di sini, hari ini. Gambar; UTUSAN/PIX ONLY
Suraiza Abdul Wahab, 40 membawa ibunya yang mengalami strok, Esah Harun, 75 menunaikan tanggungjawab Mengundi dalam PRN Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaaan Naka hari ini. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Pengundi siam Kuat Din Chai, 79 menunaikan tanggungjawab Mengundi dalam PRN Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaaan Naka hari ini. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
WAN Zainab Wan Mohamad antara pengundi yang tiba awal di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
SUASANA pengundian di Pusat Mengundi SRJK Cina Chung Hua, Rantau, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN. MAAMIN.
Penduduk Saujana Utama menjalankan tanggungjawab dengan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke-15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama. UTUSAN/AMIN AZMAN
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah) hadir mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.19 Ru Rendang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Rusila hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Pengundi muda, (dari kanan) Nor Shafika Sajidah Zulkifle, 21, Nurul Syafiqah Mohd, 28, Nur Aisha Amni, 22, Nurfariha Arisya Abd Razak, 21, dan Nur Ambra Amni Mahadi, 26, menunjukkan jari mereka yang telah dicelup dakwat kekal selepas melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Calon Perikatan Nasional N.12 Jeram, Harrison Hassan beramah mesra bersama petugas SPR ketika membuat lawatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. Utusan / Saddam Yusoff
KUALA LUMPUR 12 Ogos 2023 – Menteri Besar Selangor yang juga merupakan calon Dun Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, DUN Sungai Tua, di SJKC Selayang Baru, di sini hari ini. UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya