Pengunjung melintasi deretan hiasan tanglung ketika waktu malam di Tokong Thean Hou menjelang sambutan Tahun Baharu Cina 2023 pada 22 Januari ini yang jatuh pada tahun Arnab mengikut kalendar qamari Cina. UTUSAN /ASWAD YAHYASebahagian kenderaan warga kota memenuhi ruang di Plaza Tol Gombak sempena cuti umum perayaan Tahun Baru Cina. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZONOrang ramai tidak melepaskan peluang melihat Festival Lampu Tanglung dan Bunga sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023 di Kuil Dong Zhen. UTUSAN/SADDAM YUSOFFSebahagian kenderaan warga Singapura yang memasuki ke pusat Bandaraya Johor Bahru melalui CIQ Bangunan Sultan Iskandar sempena cuti Tahun Baru Cina bermula Sabtu hingga Selasa. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALIPengunjung memenuhi ruang legar yang dihiasi dengan hiasan sempena perayaan Tahun Baru Cina dalam tinjauan di Pusat Membeli-belah. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLIOrang ramai melintasi Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang dalam tinjauan di sekitar Jalan Bukit Bintang sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLISebahagian masyarakat Tionghoa di Kampung Pauh Setia bermain bunga api bersama keluarga. Penduduk kampung mengambil inisiatif bergotong-royong memasang tanglung di sepanjang jalan di kawasan berkenaan. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN