fbpx

Malaysia Mengundi PRU ke 15

SEREMBAN 19 Nov.- WARGA emas, Siti Aminah Omar, 79, P. Variammah, 72, dan Yop Mooi, 81, masing-masing menunjukkan jari yang telah dicelup dengan dakwat selepas selesai mengundi di pusat mengundi di SRJK Cina Chung Hua, Rantau, Seremban hari ini.- UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
PUNCAK ALAM, 19 NOVEMBER 2022 – Pengundi Parlimen P096 Kuala Selangor hadir menjalankan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 hari ini. UTUSAN/AFIQ RAZALI
MELAKA 19 NOVEMBER 2022. Pengundi muda, Nur Izzati Mohd Rasol, 26, (kiri) bersama adiknya Nur Hanani Mohd Rasol, 22, (kanan) telah selesai melaksanakan tanggungjawab bagi memilih calon Parlimen Hang Tuah Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka. UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
ARAU, 19 November 2022 – DEMI memastikan kelancaran proses pengundian, Unit Drone, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mempersiapkan drone sebelum memulakan tugas-tugas pemantauan udara di Pusat Pengundian DUN Tambun Tulang, di sini, hari ini. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Kepala Batas 19 November 2022- Tiga pengundi dari golongan belia, Nor Zulaikha Ahmad Sharil 19,Tang Yan Shu, 19, dan Agilan Govindarajoo, 25, menunjukkan kesan dakwat pada jari telunjuk menandakan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan rakyat Malaysia. UTUSAN/Iqbal Hamdan
BAGAN DATUK, 19 NOVEMBER 2022 – Ahmad Zahid Hamidi menunggang motorsikal untuk meninjau pusat pengundian selepas selesai mengundi di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat di Bagan Datuk hari ini. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
IPOH 19 NOVEMBER 2022,–Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, membantu pengundi warga yang kurang upaya di PRU 15,di Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam Chemor. UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA.
KUALA KUBU BARU 19 NOV 2022- Gelagat seorang pengundi orang asli sedang beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. -UTUSAN/ M Firdaus M Johari
MARANG 19 Nov 2022 – Pengundi warga emas, Fatimah Ismail, 89, (kanan) yang menaiki ambulans ke pusat pengundian menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Rusila hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY PEMBERITA
DENGKIL 19 NOVEMBER 2022 – Pengundi muda berumur 18 tahun, Yashantini S Kanesan (dari kiri), Nuryn Irdyna Rosli, Law Pei Fen dan Law Wei Hoong (kanan) bergambar selepas selesai mengundi di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di SRA Dengkil di sini, hari ini. UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
PUTRAJAYA 19 NOVEMBER 2022 – Golongan OKU penglihatan, Ramina Abdul Manap melaksanakan tanggungjawab dengan membuang undi Parlimen P.125 Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di SK Putrajaya Presint 9 (1) di sini, hari ini.
UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN