KUALA LUMPUR 12 APRIL 2021: Sempena kedatangan Ramadan, umat Islam di negara ini turut menunaikan solat sunbat tarawih sebagai antara pengisian dalam bulan yang mulia ini. Selepas tahun lalu mereka tidak berkesempatan berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19, tahun ini peluang itu tidak dilepaskan apabila hampir semua masjid di seluruh negara dipenuhi jemaah.


