Bergelar jutawan bertih jagung, miliki kilang pada usia 23 tahun - Utusan Malaysia

Bergelar jutawan bertih jagung, miliki kilang pada usia 23 tahun

Mohamad Shazarul Ismail, 23 pernah bekerja sebagai pengupas bawang di pasar milik bapa saudara selepas SPM. - FOTO Eng’s Popcorn.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Pepatah ini sesuai buat anak ke 5 dari 8 orang adik-beradik ini apabila berjaya mengubah nasib keluarga dengan berniaga snek bertih jagung. 

Mohamad Shazarul Ismail, 23, berkata selepas pemergian arwah bapa, beliau menggalas tanggungjawab menyara keluarga dengan bekerja sebagai pengupas bawang di pasar milik bapa saudara dengan gaji sebanyak RM900.  

Berdepan masalah kewangan ketika menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam bidang automotif di Pekan, Pahang menyebabkan beliau terpaksa berhenti separuh jalan dan tidak berjaya tamat pengajian. 

Niat mahu membantu keluarga, Shazarul terdetik untuk mula berniaga snek yang mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa, iaitu popcorn. 

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini berkata, idea untuk menghasilkan bertih jagung ini tercetus apabila beliau mencuba membuat snek berikut menggunakan mesin milik kakaknya secara suka-suka.  

Inspirasi anak muda ini yang ingin mengubah nasib keluarga membuahkan hasil apabila bertih jagung jualan secara kecil-kecilan di sekitar kawasan rumah mendapat perhatian jiran tetangga sebagai pelanggan tetap pada tahun 2017. 

Namun, benar rezeki tidak pernah salah alamat apabila jenama Eng’s Popcorn berjaya menjadi snek bertih jagung kegemaran ramai. 

Pahit getir mula berniaga

Bagaikan mimpi apabila berjaya menjadi pengasas produk pada usia muda. Namun, kejayaan beliau hari ini tidak bermula dengan mudah.  

Berdasarkan perkongsian Shazarul, beliau teruja apabila dapat menjual sebalang popcorn dan beliau sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan. 

Kebiasaannya peniaga menghantar pesanan pada jarak dekat, tetapi berlainan pula dengan kisah Shazarul. 

Kegigihan menghantar pembelian ini seolah tidak masuk akal kerana beliau sanggup menghantar sehingga sejauh 50 km dan harga bagi sebalang popcorn hanya RM18 sahaja. 

“Saya tidak boleh lupakan pengalaman tersebut. Memang saya akui jarak jauh tersebut memang penat tapi saya letak tepi kerana kepuasan yang saya dapat bila ada orang support bisnes saya tak boleh nak digambarkan. 

Selain dari pembelian dari pelanggan luar kawasan, beliau mula berniaga dengan meletakkan produk di kedai makan. 

“Pada mulanya memang segan nak tanya kedai-kedai makan untuk letak produk kita, tapi perlu berani untuk berjaya. Saya akan berikan ‘tester’ terlebih dahulu kepada tuan kedai dan kalau mereka berminat, baru saya akan tumpang letak Eng’s Popcorn di situ. 

“Walaupun hampir 30 kedai bersetuju untuk menjual produk saya, urusan jual beli adalah berdasarkan konsep konsainan. Saya tidak tahu kedai perlu jual produk sehingga habis baru saya boleh dapat bayaran,” kata beliau. 

Keunikan nama jadi tarikan utama


Bagi memastikan jenama bertih jagung dijual oleh Shazarul dapat menjadi jenama kesedaran bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai jenama bertih jagung yang lebih maju dan popular berada di pasaran. 

Oleh itu, bertih jagung ini mengguna pakai nama Eng’s Popcorn diambil bersempena nama panggilan arwah bapanya. 

Siapa sangka nama panggilan tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan menjadi salah satu jenama popcorn ternama di Malaysia! 

“Saya memilih nama tersebut sebagai penghargaan kepada pengorbanan arwah bapanya dalam membesarkan mereka sekeluarga,” katanya. 

Ikuti kelas untuk tambah ilmu perniagaan

Sedar akan kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan, Shazarul mula menyertai program Richworks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) atas cadangan kakak beliau. 

“Program IMKK seakan memberi kesan besar apabila saya berjaya membuang persepsi negatif dalam diri dan antara nasihat paling saya ingat adalah untuk menjaga hubungan dengan Pencipta. 

“Berkat ilmu yang dipelajari, Eng’s Popcorn mula diperluaskan ke dalam pasaran dalam talian di mana sistem agen dan stokis diperkenalkan pada tahun 2019,” katanya. 

Berasal dari keluarga sederhana menyebabkan Shazarul terpukul untuk berkongsi rezeki dan membantu lebih ramai orang ramai untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. 

Pada tahun 2020, Eng’s Popcorn telah berjaya mencapai RM8 Juta jualan dan pada usia yang sangat muda beliau berjaya berkongsi rezeki dengan lebih 50 orang staf serta berjaya membuka sebuah kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Eng’s Popcorn atau ingin menjadi agen dan stokis, anda boleh layari laman sosial media rasmi berikut WhatsApp, Facebook, Instagram, Tiktok, Eng’s Popcorn webstore, atau laman web Linktree HQ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya