PUNB bantu usahawan muda melalui perniagaan digital  - Utusan Malaysia

PUNB bantu usahawan muda melalui perniagaan digital 

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan digital, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PNUB) mengorak langkah menubuhkan jabatan khas untuk menguruskan perniagaan secara atas talian yang dilihat amat penting pada masa kini. 

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, selain memfokuskan hal berkaitan perniagaan melalui platform tersebut, inisiatif itu membolehkan PUNB memberi perhatian untuk membantu rakan usahawan dalam meningkatkan pembabitan mereka dalam perniagaan atas talian. 

“Tahun ini, PUNB akan lebih fokus kepada bidang digital kerana ia adalah perniagaan baharu yang menarik golongan usahawan muda. 

“Para usahawan yang mahu menyertai perniagaan ini atau meningkatkan pembabitan dalam bidang ini boleh menghubungi PUNB untuk maklumat lebih lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Kingfisher, Kota Kinabalu Sabah. 

Bagaimanapun Noh Omar berkata, meskipun meletakkan fokus baharu menerusi perniagaan itu, PNUB masih menawarkan pembiayaan kepada usahawan dalam bidang peruncitan, pengedaran dan perdagangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya