PETALING JAYA: Penurunan bilangan penganggur dan kadar pengangguran semasa pada 3.5 peratus menunjukkan ekonomi negara stabil dan berada pada landasan yang baik, walaupun ada tekanan ke atas perdagangan negara yang lebih perlahan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kadar 3.5 peratus juga menghampiri kadar yang lebih rendah pada 2019 iaitu 3.26 peratus sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia. Katanya, Keluaran…










