Harga RON95, RON97 turun tiga sen - Utusan Malaysia

Harga RON95, RON97 turun tiga sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 turun tiga sen kepada RM1.63 sen seliter berbanding RM1.66 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 25 September depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga RON97 juga turun tiga sen daripada RM1.96 kepada RM1.93 seliter.

“Harga runcit diesel pula turun lima sen iaitu daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya