fbpx

13 April 2021, 6:28 pm

  TERKINI

S P Setia tawar kediaman selesa dengan laman hijauan

Kediaman berkonsepkan alam semula jadi dapat memberikan suasana tenang. - FOTO S P Setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mendiami kediaman yang dikelilingi oleh alam semula jadi menjadi satu keperluan dan tarikan buat masa kini.

Satu kajian saintifik membuktikan bahawa meluangkan masa bersama alam semula jadi dapat memperbaiki tumpuan mental dan mengurangkan kemurungan serta tekanan selepas pulang daripada kerja.

Justeru itu, apabila melangkah masuk ke dalam rumah atau kawasan kejiranan yang dikelilingi tanaman hijau dan ditemani bunyi burung yang berkicauan pastinya dapat membangkitkan semula semangat sebelum meluangkan masa bersama keluarga.

Setia Alamsari dahulu dikenali sebagai Alam Sari yang dimiliki oleh I & P Group sebelum S P Setia mengambil alih seluruh kawasan perbandaran melalui penjenamaan semula iaitu menyediakan pelbagai jenis rumah seperti teres dua tingkat, rumah berkembar dua tingkat, banglo dan pusat komersial dalam kawasan perbandaran berkonsepkan taman dan alam semula jadi.

Setia Alamsari adalah perbandaran pegangan bebas berkeluasan 775 ekar yang memenuhi pelbagai keperluan sasaran seperti pembeli rumah kali pertama, pembeli yang ingin menaik taraf rumah, keluarga kecil, besar dan banyak lagi.

Terletak hanya 5 minit dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Setia Alamsari digelar sebagai bandar terbesar di dalam kawasan Kajang.

Ia juga mudah diakses melalui tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, Lebuhraya Kajang Silk dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Bagi menaikkan lagi suasana semula jadi, Setia Alamsari dilengkapi astaka yang bertemakan lapan taman dengan ciri-ciri yang tersendiri. Selain itu, Setia Alamsari menyediakan konsep berpengawal untuk keselamatan penduduk.

Sehingga kini, pembangunan keseluruhan Setia Alamsari mencecah sehingga 35 peratus dan banyak lagi pembangunan dan kemudahan yang akan disediakan untuk kegunaan penduduk Setia Alamsari akan datang.

Tidak lama lagi, S P Setia bakal melancarkan lebih banyak rumah teres kos sederhana untuk menepati pasaran semasa memandangkan ia menerima permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat sekeliling kawasan Kajang, Bangi dan Semenyih.

Bagi memenuhi permintaan ramai, S P Setia juga bakal mengalihkan galeri jualan mereka pada hujung bulan Mac 2021 ke Setia Alamsari Welcome Centre yang terletak hanya 1km dari galeri jualan semasa.

Dengan perkembangan di Setia Alamsari Welcome Centre, ia akan memberi perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik untuk setiap pengunjung.

Pada tahun ini juga, Setia Alamsari akan melancarkan pelbagai jenis produk seperti rumah teres dua tingkat, rumah kluster berkembar dan lot kedai komersil sebagai sebahagian daripada perancangan untuk terus mengembangkan keseluruhan kawasan perbandaran.

Lapan konsep taman

Setia Alamsari adalah perbandaran yang dilengkapi lapan konsep taman, masing-masing mempunyai pendekatan reka bentuk landskap khas dan berbeza.

Lapan konsep taman yang berkenaan adalah Canopy Park, Nest of Dream, Lake of Reflection, Spring Meadows, Casablanca Park, Garden of Lights, Serenity Pathway dan Field of Happiness.

Bersempena pembukaan Setia Alamsari Welcome Centre, S P Setia akan mengadakan pelancaran pertama pada tahun ini iaitu Caressa, fasa pertama CASA Collection.

Caressa menawarkan rumah kluster berkembar dua tingkat yang berkeluasan daripada 1,965 kaki persegi sehingga 2,022 kaki persegi dengan saiz tanah 32 x 65.

Caressa dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air dengan lebihan tanah tepi 10 kaki untuk kegunaan ruang bagi seisi keluarga.

Ia akan menarik minat pembeli rumah kali pertama, golongan belia atau yang ingin menaik taraf kepada rumah berkeluasan lebih besar.

Dengan tawaran projek seperti ini, S P Setia berharap lebih banyak pembeli akan memilih untuk mendiami Setia Alamsari memandangkan lokasi strategik dan dikelilingi banyak kemudahan sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih.

Kunjungi rumah contoh yang tersedia di Setia Alamsari Welcome Centre. Layari laman web S P Setia atau menghubungi kakitangan jualan di talian 03-87362255 untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek terbaru mereka.

BERITA BERKAITAN