Pulut mangga hidangan kedua terbaik dunia

Pulut mangga hidangan kedua terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULUT mangga atau disebut ‘Khao niao mamuang’ dalam bahasa Thailand diiktiraf hidangan kedua terbaik di dunia berasaskan buah mangga.

Pengiktirafan itu diberikan oleh TasteAtlas, sebuah platform dalam talian yang mempunyai pangkalan data makanan dan minuman seluruh dunia.

Pemilihan itu berdasarkan penilaian terhadap 26 hidangan lain berasaskan mangga termasuk dari India, Filipina dan Indonesia.

Di Thailand, pulut mangga biasanya dimakan pada musim puncak mangga berbuah, iaitu semasa musim panas pada April dan Mei.”

Pencuci mulut tradisional Thailand itu dikategorikan sebagai puding nasi oleh platform berkenaan.

Sajian itu disediakan dengan pulut yang dikukus, kemudian disiram dengan santan manis sebelum dihidangkan dengan hirisan mangga segar.

Bahan utama yang diperlukan adalah beras pulut, santan dalam tin atau segar, garam, gula Melaka dan mangga.

Untuk menyediakan hidangan ini, beras pulut direndam ke dalam air dan kemudian dimasak dengan cara mengukus atau penggunaan periuk nasi.

Sementara itu, santan dicampurkan dengan garam dan gula, dan dipanaskan tanpa mendidih.

Setelah pulut selesai dimasak, campuran santan dan pulut digaul sebati dan dibiarkan untuk membiarkan santan menyerap ke dalam pulut.

Kemudian, mangga dikupas dan dihiris. Untuk menyajikan hidangan ini, pulut dicedok ke atas pinggan bersama beberapa potong mangga yang diletakkan di atas atau di bahagian sisi, dan dicurah dengan santan pekat.

HIDANGAN BERASASKAN MANGGA TERBAIK DUNIA

1. Aamras – India
2. Khao niao mamuang – Thailand
3. Sorbet – Filipina
4. Rojak – Indonesia
5. Chutney mangga- India
6. Puding mangga China – Guangdong, China
7. Rojak Cingur – Surabaya, Indonesia
8. Mango pomelo sago – Hong Kong
9. Baobing – Guangdong, China
10.Mamuang nam pla wan – Thailand

TERKENAL DI THAILAND

Di Thailand, pencuci mulut ini sangat terkenal dan boleh didapati di mana-mana kedai makan di Thailand.

Hidangan ini dimakan dengan sudu atau ada yang menggemarinya dengan hanya menggunakan tangan.

Di Thailand, pulut mangga biasanya dimakan pada musim puncak mangga berbuah, iaitu semasa musim panas pada April dan Mei.

Kedai pulut mangga yang terkenal di Bangkok terletak di kawasan Bulatan 22 Julai di Daerah Pom Prap Sattru Phai berham­piran ste­sen kereta api Bangkok, yang hanya menjual pulut mangga dari bulan Februari hingga Jun.

Selain itu, di kejiranan Samphrang di Daerah Phra Nakhon berhampiran Giant Swing dan Chao Por Suea Joss House, serta Ban Mo berhampiran Si Kak Phraya Si dan Pak Khlong Talat.

INDIA UNGGULI CARTA

Carta pertama diungguli oleh ‘Aamras’ iaitu pencuci mulut dari Maharashtra, India.

Sorbet aiskrim dari Filipina di tempat ketiga, rojak buah dari Jawa, Indonesia di kedudukan keempat dan diikuti chutney mangga dari India.

Hidangan Thailand lain yang mengandungi mangga dalam senarai itu termasuk snek ‘mamuang nam pla wan’ atau mangga hijau dengan sos ikan manis yang menduduki tempat ke-10.

Ia diikuti ‘som tam mamuang’ atau salad mangga hijau (ke-11), ‘nam pla wan’ atau mangga dengan sos ikan manis (ke-16) dan mangga jeruk Thai atau ‘mamuang dong’ (ke-23).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN