OCBC Malaysia dinobat bank terbaik PKS

OCBC Malaysia dinobat bank terbaik PKS di Anugerah FinanceAsia 2026

OCBC Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: OCBC Malaysia dinobat sebagai bank terbaik untuk PKS di Malaysia (kategori antarabangsa) di Anugerah FinanceAsia 2026, kemenangan ketiga berturut-turut yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai rakan perbankan diyakini bagi perusahaan kecil dan

Sederhana (PKS).

Anugerah ini mengiktiraf kedudukan kukuh OCBC Malaysia dalam sektor PKS serta memaparkan penyelesaian digital inovatif dan keupayaan pembiayaan lebih baik yang membantu syarikat-syarikat perniagaan meningkatkan produktiviti, menguruskan kos dan menggiatkan pertumbuhan.

Ketua Perniagaan Sedang Berkembang OCBC Malaysia, Chan Kok Leong berkata, pihaknya berbangga untuk menerima pengiktirafan ini yang mencerminkan kepercayaan yang diletakkan oleh PKS terhadap bank tersebut.

“Dalam kesungguhan syarikat-syarikat perniagaan mengharungi persekitaran operasi dinamik, kami kekal komited untuk menyokong cita-cita pertumbuhan mereka menerusi penyelesaian pembiayaan tersesuai, risikan pasaran dan keterhubungan serantau yang membolehkan mereka merebut peluang dengan penuh yakin,” katanya dalam kenyataan.

Pengiktirafan FinanceAsia juga mencerminkan keupayaan bank untuk menyokong PKS yang mengembangkan sayap di luar Malaysia menerusi rangkaian luas di serata ASEAN dan China Raya, disokong oleh pilihan penyelesaian perbankan dan perdagangan rentas sempadan.

Dalam pada itu, menerusi FX Online, platform perbendaharaan digital OCBC Malaysia, PKS boleh menjalankan transaksi dalam pelbagai mata wang, membuat pembayaran rentas sempadan hari yang sama pada kadar istimewa dan menguruskan risiko tukaran asing dengan lebih cekap. 

Pada 2025, platform ini menyelaraskan lebih daripada AS$1.3 bilion (RM5.3 bilion) dalam transaksi mata wang asing, mencerminkan penggunaan kukuh keupayaan perbendaharaan digital bank bagi perdagangan serantau.

Anugerah FinanceAsia yang kini memasuki tahun ke-30, mengiktiraf institusi kewangan di seluruh Asia yang memperlihatkan kecemerlangan dalam prestasi, inovasi, kepimpinan, perkhidmatan pelanggan dan daya tahan perniagaan.

Kejayaan ini merupakan tambahan terbaharu dalam senarai pengiktirafan yang diterima oleh OCBC Malaysia pada tahun ini dalam bidang perbankan PKS, termasuk Bank PKS Terbaik di Malaysia oleh Anugerah Bank PKS Terbaik Global Finance dan Bank PKS Luar Negara Terbaik di Malaysia oleh Anugerah Inovasi Perbankan PKS Global The Digital Banker. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN