Matrix Concepts raih Anugerah ESG - Utusan Malaysia

Matrix Concepts raih Anugerah ESG

KELVIN Lee (empat dari kiri) menunjukkan Anugerah Perak bagi kategori Hubungan dengan Komuniti Tempatan (Syarikat Besar) pada ESG Positive Impact Awards 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) menerima Anugerah Perak bagi kategori Hubungan dengan Komuniti Tempatan (Syarikat Besar) pada ESG Positive Impact Awards 2025.

Pengiktirafan itu diberikan hasil kejayaan inisiatif utama syarikat, Matrix Foodbank Drive, yang sejak enam tahun lalu membantu keluarga memerlukan menerusi bantuan makanan secara konsisten serta kerjasama erat dengan pelbagai rakan komuniti.

Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad, Kelvin Lee berkata, anugerah tersebut memberi makna besar kerana mengiktiraf inisiatif yang mencerminkan identiti dan nilai syarikat.

“Matrix Foodbank Drive bukan sekadar menyediakan bantuan makanan, tetapi melambangkan usaha kami untuk terus berdiri bersama komuniti, memberi harapan ketika waktu sukar serta memastikan tiada golongan yang tercicir.

“Sempena ulang tahun ke-30 syarikat, kami akan terus komited melabur dalam pembangunan insan, memperkukuh komuniti dan membangunkan bandar mampan yang memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Tambahnya, Matrix Concepts akan terus memperkukuhkan agenda pertumbuhan yang bertanggungjawab melalui pelaksanaan inisiatif berimpak sosial, meningkatkan daya tahan komuniti serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih lestari dan inklusif untuk generasi akan datang.

Pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa pembangunan mampan bukan sekadar membina bandar dan kediaman, malah turut memberi keutamaan kepada kesejahteraan masyarakat.

Program Matrix Foodbank Drive yang dilaksanakan dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen telah berkembang daripada membantu kira-kira 40 isi rumah pada peringkat awal kepada 62 keluarga dalam edisi keenam yang baru sahaja selesai di sekitar Seremban.

Selain menyediakan bantuan makanan, program berkenaan turut memupuk budaya kesukarelawanan, semangat kebersamaan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kerja, rakan perniagaan dan sukarelawan.

Susulan kejayaan edisi keenam, Matrix Concepts kini sedang merancang pelaksanaan Matrix Foodbank Drive Musim Kedua dengan sasaran memperluaskan penyertaan warga kerja, rakan strategik dan masyarakat bagi membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN