Jumlah perdagangan RM340.9 bilion pada Jun - Utusan Malaysia

Jumlah perdagangan RM340.9 bilion pada Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM340.9 bilion pada Jun 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM177.9 bilion dan RM163 bilion.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, eksport Malaysia pada Jun 2026 mencapai RM177.9 bilion, meningkat RM55.6 bilion (+45.4 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan eksport ini disumbangkan oleh eksport lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM39.0 bilion), Johor (+RM8.7 bilion), Sarawak (+RM4.3 bilion), Selangor (+RM4.0 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM880.4 juta), Perak (+RM567.5 juta), Kedah (+RM178.7 juta), W.P. Labuan (+RM153.8 juta) dan Negeri Sembilan (+RM99.9 juta).

“Walau bagaimanapun, eksport menurun di Perlis (-RM22.1 juta), Kelantan (-RM63.3 juta), Terengganu (-RM93.7 juta), Pahang (-RM104.6 juta), Melaka (-RM508.7 juta) dan Sabah (-RM547.5 juta),” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 48.9 peratus, diikuti oleh Johor (17.6 peratus), Selangor (13.8 peratus), Sarawak (6.0 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (3.2 peratus).

“Import pada bulan Jun 2026 meningkat RM49.7 bilion (+43.9 peratus) berbanding bulan yang sama 2025.

“Peningkatan import ini disumbangkan oleh import lebih tinggi di kebanyakan negeri seperti Pulau Pinang (+RM19.5 bilion), Johor (+RM11.9 bilion), Selangor (+RM9.2 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM8.3 bilion), Kedah (+RM1.5 bilion), Negeri Sembilan (+RM748.7 juta), Perak (+RM398.6 juta), Pahang (+RM266.6 juta) dan Sabah (+RM4.8 juta).

“Walau bagaimanapun, import menurun di Kelantan (-RM12.4 juta), W.P. Labuan (-RM17.3 juta), Perlis (-RM31.6 juta), Sarawak (-RM32.6 juta), Terengganu (-RM50.0 juta) dan Melaka (-RM559.7 juta),” katanya.

DOSM berkata, Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan pegangan 28.4 peratus, diikuti oleh Johor (24.2 peratus), Selangor (22.6 peratus), W.P. Kuala Lumpur (10.9 peratus) dan Kedah (4.6 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN