Manulife IM Malaysia raih Anugerah Dana Ekuiti Asia Pasifik

Manulife IM Malaysia raih Anugerah Dana Ekuiti Asia Pasifik Terbaik 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Manulife Investment Management (M) Berhad (Manulife IM Malaysia) terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri pengurusan aset apabila dana utamanya, Manulife Investment Asia Pacific ex Japan Fund -RM Class dinobatkan sebagai Dana Ekuiti Asia Pasifik Terbaik pada Morningstar Awards for Investing Excellence Malaysia 2026.

Pengiktirafan tersebut diberikan berdasarkan prestasi pelaburan yang kukuh serta keupayaan dana berkenaan menjana pulangan terlaras risiko yang konsisten dalam jangka panjang. 

Anugerah itu turut mengambil kira kekuatan pasukan pelaburan, proses pengurusan dana dan tadbir urus organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Manulife IM Malaysia, Jason Chong berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keberkesanan strategi pelaburan syarikat yang berteraskan disiplin, penyelidikan mendalam dan fokus kepada penciptaan nilai mampan untuk pelabur.

“Pengiktirafan ini membuktikan kekuatan pendekatan pelaburan kami yang konsisten dan berasaskan penyelidikan bagi menghasilkan pulangan jangka panjang yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Dana berkenaan menggunakan pendekatan pemilihan saham secara bottom-up yang disokong oleh rangka kerja proprietari pertumbuhan, aliran tunai, pengurusan dan penilaian (GCMV) yang menilai syarikat berdasarkan faktor pertumbuhan, aliran tunai, kualiti pengurusan dan tahap penilaian.

Menurut Manulife IM Malaysia, strategi tersebut membolehkan pasukan pelaburan mengenal pasti peluang pelaburan yang kurang dinilai di pasaran, di samping mengekalkan portfolio yang seimbang dan pelbagai merentasi sektor serta negara di rantau Asia Pasifik.

Dalam persekitaran ekonomi global yang masih berdepan ketidaktentuan, syarikat itu kekal memberi tumpuan kepada syarikat yang mempunyai model perniagaan berdaya tahan, potensi pertumbuhan pendapatan yang kukuh serta pengurusan yang berkualiti.

Penganugerahan tersebut turut mencerminkan keupayaan dana berkenaan mengekalkan prestasi yang stabil dalam pelbagai fasa pasaran melalui pengurusan portfolio aktif dan kawalan risiko yang berdisiplin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN