HexTech, Widad batal cadangan pelupusan tanah industri di Nilai - Utusan Malaysia

HexTech, Widad batal cadangan pelupusan tanah industri di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hextar Technologies Solutions Berhad (HexTech) dan Widad Development (Nilai) Sdn. Bhd. menamatkan cadangan urus niaga pelupusan empat lot tanah perindustrian pegangan bebas di Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, HexTech berkata, anak syarikat milik penuhnya, Guper Bonded Warehouse Sdn. Bhd. dan Widad Development (Nilai) yang merupakan anak syarikat milik penuh, Widad Group Berhad mencapai persetujuan bersama pada 16 Jun 2026.

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan segala rundingan serta perbincangan lanjut berkaitan cadangan pelupusan tersebut.

Menurutnya, cadangan pelupusan itu melibatkan empat lot tanah perindustrian kosong yang saling bersebelahan di Nilai dan sebelum ini tertakluk kepada Ketua Terma Perjanjian (HOA) serta Perjanjian Jual Beli (SPA) yang diumumkan sejak September 2024.

“Susulan penamatan itu, kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai sebarang tuntutan lanjut antara satu sama lain berhubung urus niaga berkenaan.

“Penamatan cadangan pelupusan tersebut tidak dijangka memberi kesan material terhadap modal saham terbitan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham utama, pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN