PETALING JAYA: Pasaran ekuiti Malaysia terus menunjukkan daya tahan pada separuh pertama 2026, meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global yang semakin memuncak, disokong oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh serta kedudukan strategik negara dalam penyusunan semula rantaian bekalan global. BIMB Securities dalam laporan strategi pasaran bertajuk ‘Ketahanan strategik dalam menghadapi pergeseran geopolitik gobal’ berkata, Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, sekali gus…










