PETALING JAYA: Aliran keluar berterusan pelabur asing di Bursa Malaysia mendorong kepada penyusutan ringgit, di samping pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini. Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, pasaran saham tempatan yang masih lemah dan ketiadaan aliran masuk pelabur asing yang ketara membataskan pengukuhan ringgit. Katanya, apabila pelabur asing kembali ke pasaran tempatan, permintaan terhadap ringgit akan meningkat dan ini boleh membantu mengukuhkan nilai mata wang tersebut.…










