PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh ke sekitar paras RM3.91 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, didorong oleh sentimen positif terhadap aliran masuk dana asing, selain keyakinan pasaran terhadap asas ekonomi domestik yang kekal kukuh. Ia sekali gus berpotensi menjadi pemangkin baharu kepada prestasi Bursa Malaysia terutama melibatkan sektor perbankan, utiliti dan pengguna. Pada 5 petang semalam, mata wang tempatan ditutup rendah pada 3.9210/3.9260 berbanding 3.9170/3.9220 pada sesi dagangan…










