MR D.I.Y. komited kekalkan harga barangan

MR D.I.Y. komited kekalkan harga barangan

INISIATIF ‘Harga Tetap Sama’ oleh MR D.I.Y.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MR D.I.Y. mengukuhkan komitmennya terhadap kemampuan rakyat Malaysia berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup menerusi inisiatif ‘Harga Tetap Sama’ yang dilaksanakan di seluruh negara.

Dilancarkan pada awal bulan ini, inisiatif itu memastikan harga tidak berubah untuk pelbagai jenis produk harian, sekali gus memberi pelanggan lebih kepastian dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, syarikat itu menyedari bahawa kenaikan harga walaupun kecil boleh memberi kesan dari masa ke semasa. 

“Dengan memastikan harga yang stabil, kami berharap dapat mengurangkan sedikit tekanan terhadap isi rumah.  

“Kemampuan bukanlah satu kemewahan, namun ia adalah keperluan harian. 

“Kami mahu para pelanggan tahu yang mereka boleh terus yakin pada kami untuk mendapatkan nilai setiap hari dan ‘Always Low Prices’ kekal menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka,” katanya dalam kenyataan. 

Ketika inflasi dunia dan peningkatan kos bahan api memberi tekanan kepada belanjawan isi rumah, MR D.I.Y. kekal fokus untuk memberikan nilai yang konsisten kepada pelanggan. 

Dengan mengekalkan harga yang stabil dalam semua kategori penting termasuk keperluan harian seperti beg sampah, bateri, makanan dan minuman serta alat tulis, peruncit ini terus memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia menerusi cara yang praktikal dan bermakna. 

Beliau berkata, inisiatif ‘Harga Tetap Sama’ boleh didapati di semua cawangan MR D.I.Y. seluruh negara.

“Ia merangkumi pelbagai jenis produk, daripada barangan kelengkapan rumah dan peralatan sekolah sehinggalah kepada keperluan rumah harian. 

“Melalui inisiatif ini, MR D.I.Y. terus bersama rakyat Malaysia dengan menawarkan konsistensi, kebolehcapaian dan nilai, sambil membantu isi rumah kekal berdaya tahan dalam persekitaran yang berubah dengan cara yang praktikal dan bermakna. 

“Pada masa yang sama, para pelanggan terus mendapatkan keperluan mereka pada harga yang boleh diharapkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN