MaTiC, DMG Food Industries promosi produk tempatan

MaTiC, DMG Food Industries promosi produk tempatan

MOHD Yasin Alwi (enam dari kanan) menerima cenderamata daripada Hassan Saad sempena pelancaran Road Tour Malaysian Cookies Visit Malaysia Year 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) hari ini memeterai kolaborasi strategik bersama syarikat pengeluar makanan tempatan, DMG Food Industries Sdn. Bhd. (DMG) bagi memperkasakan promosi produk warisan negara ke pasaran global.

Kerjasama itu menyaksikan pelancaran siri jelajah Road Tour Malaysian Cookies Visit Malaysia Year 2026 yang bertujuan menjadikan produk makanan tempatan sebagai daya tarikan utama sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). 

Pengarah MaTiC, Mohd. Yasin Alwi berkata, projek ini dijadualkan mengikut tempoh kempen TMM 2026 untuk memberi impak maksimum kepada industri pelancongan negara.

“Pihak kami melihat ini sebagai satu peluang untuk menaikkan mutu perkhidmatan pelancongan negara, namun buat masa ini perancangan adalah memfokuskan kepada TMM 2026.

“Sekiranya terdapat rancangan untuk meneruskan inisiatif ini bagi kesan ekonomi jangka panjang, perkara tersebut akan diberitahu semula kelak,” katanya pada majlis pemeteraian kerjasama tersebut.

Sementara itu, wakil pengerusi DMG Food Industries, Datuk Dr. Hassan Saad berkata, siri jelajah tersebut dirancang untuk merangkumi 14 buah negeri di seluruh Malaysia.

“Rancangan kami adalah untuk memulakan siri jelajah ini di destinasi pelancongan utama sama ada di utara atau selatan seperti Kedah dan Melaka.

“Produk ‘Malaysian Cookies’ dan produk rakan strategik yang terlibat seperti ‘Kuala Cola’ akan dibawa bersama bagi mencerminkan identiti dan inovasi produk buatan Malaysia kepada pelancong asing,” katanya.

Turut terlibat dalam inisiatif kolaborasi ini ialah syarikat Neatness Group Sdn. Bhd. (NGSB) yang mengetengahkan produk minuman inovasi tempatan, Kuala Cola, sebagai salah satu produk strategik yang akan dipromosikan bersama dalam siri jelajah tersebut.

Pengarah Neatness Group, Datuk Suzana Zajaria berkata, Kuala Cola menonjol dengan keunikan formulasi garam Himalaya bagi memberikan rasa premium yang membezakannya daripada produk lain di pasaran.

“Kuala Cola bukan sekadar minuman, malah ia adalah simbol inovasi tempatan dan kami berharap kemunculan produk ini dapat membangunkan nama Kuala Cola serta nama Malaysia dalam industri tanah air,” katanya.

Antara rakan strategik lain yang turut menyokong inisiatif ini termasuklah Helmi Gimmick Enterprise, Ryverra Chocolate & Confectionery dan beberapa agensi pelancongan tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN