KUALA LUMPUR: Industri insurans am Malaysia catat Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak RM24.2 bilion pada 2025, meningkat 4.8 peratus daripada RM23.1 bilion pada 2024. Keuntungan pengunderaitan industri juga meningkat kepada RM1.2 bilion, iaitu pertambahan RM125 juta tahun ke tahun, manakala nisbah gabungan keseluruhan kekal stabil pada sekitar 93 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Kim Soon berkata, insurans motor, yang kekal sebagai segmen terbesar dengan sumbangan…










