PETALING JAYA: Anak syarikat Tencent, WeChat Malaysia Sdn. Bhd., dianugerahkan status Malaysia Digital (MD) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), mencerminkan komitmen jangka panjangnya dalam menyokong transformasi digital Malaysia melalui penubuhan hab teknologi dan operasi perniagaan di negara ini. Hab ini akan menyediakan sokongan teknikal bernilai tinggi serta penambahbaikan merentasi semua kumpulan perniagaan Tencent, sekali gus memacu inovasi dan penciptaan nilai dalam bidang permainan dan hiburan, pembayaran, kecerdasan buatan (AI)…










