PERUSAHAAN mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ketika ini lebih memerlukan kelegaan aliran tunai segera berbanding akses kepada pembiayaan baharu, meskipun kemudahan RM5 bilion yang diumumkan kerajaan dilihat sebagai langkah sokongan kepada sektor berkenaan. Presiden Nasional Persatuan PKS Malaysia, Dr. Chin Chee Seong berkata, cabaran utama yang sedang dihadapi PMKS bukan terletak pada kekurangan akses kepada pinjaman semata-mata, sebaliknya tekanan aliran tunai harian yang semakin meruncing akibat kenaikan kos operasi. Katanya,…










