KUALA LUMPUR: Keselamatan bekalan negara terus menjadi fokus utama Petronas dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global, khususnya melibatkan sektor tenaga dan makanan. Naib Presiden Pembangunan, Upstream (Huluan) Petronas, Mohd. Nazlee Rasol berkata, pihaknya kini bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kestabilan bekalan domestik sentiasa terjamin. “Langkah ini termasuk menilai strategi terbaik untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dalam tempoh terdekat. “Ketika ini, usaha giat dijalankan untuk mengenal pasti…










