PETALING JAYA: Malaysia dijangka menghadapi kesan lebih terkawal daripada ketidaktentuan pasaran global akibat konflik Asia Barat berikutan kedudukannya sebagai pengeksport minyak dan gas, dengan kenaikan harga minyak menyokong ekonomi domestik serta keyakinan pelabur. Profesor Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Law Siong Hook berkata, pelabur biasanya mengambil pendekatan berhati-hati dalam situasi ketidaktentuan global. Katanya, pelabur cenderung mengurangkan pegangan dalam pasaran saham dan beralih kepada…










