Koerber Technologies labur RM95j kembang kemudahan

Koerber Technologies labur RM95j kembang kemudahan pembuatan di Shah Alam

WAKIL syarikat pada majlis pecah tanah kemudahan Koerber Technologies Sdn Bhd bernilai RM95 juta di Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koerber Technologies Sdn. Bhd. (Koerber Technologies), anak syarikat kepada kumpulan teknologi global Korber melabur RM95 juta untuk mengembangkan kemudahan pembuatannya di Shah Alam bagi memperkukuh operasi kumpulan itu di Asia.

Menurut kenyataannya, Koerber Technologies yang memiliki pengkhususan dalam pengeluaran menyeluruh mesin berteknologi tinggi bagi industri makanan dan minuman akan menggandakan kemudahan pembuatannya melalui pelaburan tersebut untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan untuk pasaran serantau dan global.

“Pengembangan itu akan menyediakan kapasiti untuk menampung pertambahan lebih 200 jawatan baharu secara berperingkat dalam bidang komersial dan teknikal berkemahiran tinggi, sekali gus menyokong transformasi operasi di negara ini.

“Selain itu, ia juga mengukuhkan peranan Malaysia sebagai pusat kejuruteraan berteknologi tinggi dalam rangkaian pengeluaran global Koerber,” katanya.

Kemudahan seluas 12,000 meter persegi yang terletak di koridor perindustrian Hicom tersebut disasarkan siap pembinaan menjelang suku keempat 2026 dan beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

Pembangunan ini berlaku seiring dengan pertambahan permintaan terhadap pembuatan berteknologi tinggi tempatan serta rumusan automasi di seluruh rantau Asia Pasifik. Dengan peningkatan kapasiti pengeluaran, kemudahan itu akan menyokong keperluan mendesak rantaian bekalan berketepatan tinggi.

Majlis pecah tanah kemudahan baharu itu itu dihadiri Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Malaysia, Ulrike Wolf dan Pengarah Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Selangor, Sherulanuar Abd Karim.

Tambahnya, kemudahan itu juga akan meningkatkan lagi pengeluaran mesin berketepatan tinggi sedia ada. 

Selain aspek pembuatan fizikal, kemudahan itu juga akan memperkukuh keupayaan Koerber melalui peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus did peringkat tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN