KIA Carnival di Malaysia mempunyai sejarah yang agak panjang. Model ini mula diperkenalkan di pasaran tempatan sejak generasi pertama pada penghujung tahun 1999 sebelum kemudiannya lebih dikenali di bawah jenama tempatan menerusi Naza Ria. Kini, Kia Sales Malaysia membawa masuk versi facelift bagi Carnival generasi keempat yang diperkenalkan pada Januari lalu dengan hanya dua pilihan varian, iaitu 11 tempat duduk dan tujuh tempat duduk. Kedua-dua varian ini dipasang secara tempatan…










