Bursa Malaysia ditutup rendah

Bursa Malaysia ditutup rendah

BURSA Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap faktor luaran, sekali gus memberi tekanan kepada prestasi pasaran tempatan.

Pada pukul 5 petang, pasaran saham tempatan turun 10.79 mata kepada 1,680.52, berbanding 1,691.31 pada Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,682.43.

Jumlah dagangan sebanyak 2.93 bilion unit bernilai RM2.74 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 760 berbanding 402 dengan 454 kaunter tidak berubah dan 1,101 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 421.34 mata atau 0.74 peratus kepada 56,502.77 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura jatuh 0.29 peratus kepada 4,975.08 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.86 peratus kepada 5,808.62. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN