Bursa Malaysia dibuka negatif

Bursa Malaysia dibuka negatif

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, susulan Iran mendakwa Amerika Syarikat (AS) melanggar perjanjian gencatan senjata selama dua minggu yang dicapai semalam.

FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 10 mata kepada 1686.31 pada 9.14 pagi hari ini, berbanding 1,696.31 ketika ditutup pada Selasa

Indeks penanda aras dibuka negatif pada 1,692.65.

Jumlah dagangan sebanyak 292.85 juta unit bernilai RM184.53 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 289 berbanding 181 dengan 336 kaunter tidak berubah dan 1,902 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun jatuh 389.85 mata atau 0.69 peratus kepada 55,918.57 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura menyusut 0.11 peratus kepada 4,990.41 dan indeks KOSPI Korea Selatan turun 87.28 mata atau 1,49 peratus kepada 5,785.06. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN