BEKAS pemain pertahanan kebangsaan dan Perlis, Azmizi Azmi, 40, atau lebih dikenali sebagai Tibo kini bergiat aktif dalam bidang pertanian dengan mengusahakan tanaman mempelam harumanis sejak beberapa tahun lalu. Anak jati kelahiran Perlis itu mengusahakan tanaman berkenaan bersama rakannya, Mohammad Abdul Hamid, 40, selepas menamatkan karier profesional dalam arena bola sepak tempatan. Azmizi memulakan perjalanan dalam arena bola sepak menerusi pasukan remaja Perlis sebelum mendapat peluang beraksi bersama skuad senior…










